Website bawa pelanggan kepada anda.
Pekerja AI bantu anda uruskan mereka.
Pekerja AI ialah pembantu bisnes yang bekerja melalui WhatsApp — menjawab pelanggan, mengurus lead, membuat follow-up dan membantu anda mengurus bisnes, 24 jam sehari.
Apa itu Pekerja AI?
Satu AI. Dua perbualan — pelanggan dan anda.
Pekerja AI menjawab pelanggan anda di WhatsApp, dan pada masa yang sama membantu anda mengurus bisnes — cukup dengan berbual biasa. Tiada menu rumit, tiada dashboard berlapis-lapis.
Sesuai untuk anda jika:
✓Anda sudah ada website ChatNiaga yang menerima enquiry pelanggan
✓Enquiry mula bertambah dan sukar diuruskan secara manual
✓Anda mahu jawapan pantas kepada pelanggan tanpa perlu online sepanjang masa
ABC Clinic
Online
Pelanggan bercakap dengan bisnes
ChatNiaga
Pekerja AI anda
Anda bercakap dengan ChatNiaga
Cara Ia Berfungsi
Website anda hanyalah permulaan.
Pekerja AI ialah lapisan seterusnya selepas website dan WhatsApp anda mula menarik pelanggan.
Website
Pelanggan jumpa bisnes anda
Pelanggan hubungi anda terus
Pekerja AI
Bantu anda uruskan setiap perbualan
Belum ada website lagi? Bina website anda dahulu →
Apa yang Pekerja AI boleh buat.
Jawab Pelanggan 24/7
Pekerja AI menjawab soalan lazim pelanggan sepanjang masa — walaupun anda sedang tidur.
Urus Semua Lead
Setiap enquiry dari website dan WhatsApp disusun automatik supaya tiada yang tertinggal.
Follow-up Automatik
Pelanggan yang belum balas akan di-follow-up mengikut jadual yang anda tetapkan.
Ringkasan Bisnes Harian
Tanya "berapa jualan hari ini" atau "berapa lead baru minggu ini" — dapat jawapan segera.
Rekod & Tugasan
Catat perbelanjaan, tambah produk, atau buat invois — semua melalui perbualan biasa.
Faham Bahasa Melayu
Berbual dalam Bahasa Melayu atau English — Pekerja AI faham kedua-duanya.
Contoh penggunaan mengikut jenis bisnes.
Restoran
Jawab soalan menu, terima tempahan meja, dan follow-up pelanggan yang belum kembali.
Klinik
Uruskan permintaan temujanji, jawab soalan waktu operasi, ingatkan pelanggan appointment esok.
Hartanah
Balas pertanyaan hartanah automatik, susun senarai prospek ikut minat, follow-up selepas viewing.
Insurans
Jawab soalan pelan perlindungan, kumpul maklumat prospek, ingatkan follow-up konsultasi.
Ecommerce
Jawab soalan produk & stok, proses pesanan mudah, susulan pelanggan troli tertinggal.
Mulakan dengan website. Berkembang dengan Pekerja AI.
Bina website anda dahulu, dan tambah Pekerja AI apabila bisnes anda mula berkembang.